Thursday 26 May 2011

ada saja lah kamu nie.

Alahai. sumpah bosan gila. hari hari buat benda sama. langsung tak ada perubahan. bangun makan then tido. lepas tuh bangun lagi, makan lagi. makan lagi dan lagi. makan tuh kena tulis banya sikit. sebab perut macam tong! asyik nak kena isi je. tak penah penuh. macam mana badan tak naik. dah macam belon! 
lepas tuh bising bising bila pegi timbang berat. *hah! naik lagi 2kilo? mula la nak risau. 
balik rumah cite dekat sumua orang. wei, berat aku dah naik la. mula la nk ajak adik aku diet sesama. 
janji tak nak makan la, tak nak minum ais dah, tapi janji tinggal janji je. yela, mane bleh tahan. 
lagi lagi dengan cuaca sekarang. *eleh, alasan. macam la orang tak tahu macam nama perangai kamu kan.
tak ada kesabaran, tak ada prinsip, tak ada kekuatan, lembik! YES it is me. hari nih semangat memang bekobar kobar. besok lain pulak jadi nya. buat benda tak pernah nak stick to it. bila tengok orang lain cantik, jeles. nak cantik jugak. tapi kita tak ada usaha. nak harapkan bulan jatuh keriba? tetiba jadi cantik? hoi, mimpilah. 
semua tuh kena ada USAHA lah! baru la ada HASILnya.

hari nih buat research pasal produk dr. rozmey. HEHE. Beliau dah keluarkan produk baru. 
dR Slimming Suit. baca punya baca dia punya artikel, dalam hati dah ada niat nak beli. maklumlah, cuba tengok keistimewaan produk nih.

Dengan adanya produk kesihatan Slimming Suit ini ianya akan membantu pengguna membentuk potongan badan yang cantik secara semula jadi dan pemakaian setiap hari dalam jangka masa panjang akan mengembalikan bentuk badan cantik tanpa kesan sampingan,” katanya.

Tambahnya lagi, produk ini juga berfungsi untuk membentuk punggung, payudara, mengurangkan saiz pinggan serta melangsingkan pinggul seperti yang di idam-idamkan setiap wanita masa kini.

“Disamping itu, Slimming Suit ini juga mempunyai infra merah bagi melancarkan pengedaran darah, menyingkirkan lemak dan mencegah badan daripada berbau serta ianya direka untuk menyokong tulang belakang dan bahagian rusuk.

nie dia!dR Slimming Suit





Waahhhh! tergoda terus! teruja pun ada! kalu boleh ari nih jugak nak beli benda nih!
then, sambung baca lagi. 


“Oleh itu, dengan harga yang berpatutan iaitu RM 2450 boleh meberikan kepuasan terhadap pengguna dan merasai pelaburan yang dilakukan itu membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.

terus close the article. tak kuasa nak baca banyak-banyak bila tengok harga tuh. Ya ampun, kenapa la dr. jual mahal sangat. orang menganggur macam aku takkan mampu la. hmm. lupakan lah. mengade. nak beli ice krim batang 20sen pun tak lepas, ada hati nak guna produk dr. rozmey. mimpila sorang sorang. :P

sob sob. sebab terlalu sedih, saya pun nak stop here je. nanti sambung balik oke! *padal dah tak ada idea nak tulis! HEHE. bluwek. k, got to go. SALAM.


nak kurus macam dia nie.:) pray for me oke!

No comments:

Post a Comment